Showing posts with label swimming pool. Show all posts
Showing posts with label swimming pool. Show all posts

Sunday, April 6, 2014

Swimming Pool Safety ( Part 2 )


Saya ingin mengingatkan Tuan / Puan / Cik sekalian pengguna kolam renang mesti mematuhi peraturan serta garis panduan ketika menggunakan kolam renang. 

Pengguna kolam renang juga bertanggungjawab memberi amaran serta menidakkan pengguna lain dari melakukan aktiviti aktiviti yang membahayakan diri sendiri atau pengguna penguna yang lain. 

Sukan berbola, berkasut roda dan sebarang aktiiviti yang mebahayakan tidak dibenarkan ketika menggunakan kolam renang. 

Penghuni juga tidak dibenarkan membawa tetamu untuk menggunakan kolam renang atau kemudahan yang lain kecuali tetamu yang menetap di premis. 

Pihak Pengurusan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kemalangan atau kecederaan peribadi yang berlaku. Terima kasih. 

I would like to remind that Residents must observe the rules and regulations concerning the use of the swimming pool that is posted at the pool area. All pool users have a responsibility to warn and stop others in the pool from behaving recklessly and putting their own lives at risk. 

Ball sports, frisbee, roller skating, horse playing and other harmful activities are not permitted in and around the swimming pool and recreational area. 

Residents are not allowed to bring casual guests in to swim in the pool or make use of any other facilities at the pool deck level except for those guests that are actually staying in the apartments as live-in guests.

The management shall not be liable for any accident or personal injury caused. Thank you for your time and concern. Appreciate it. 







Swimming Pool Safety ( Part 1 )


Ketika catuan bekalan air domestik dijalankan adakalanya kolam renang ditutup kerana

1) Bekalan air domestik dari syabas ke unit 9, 11, 12, 14, 16, 18, 20 dan 22 diberi keutamaan

2) Lebihan bekalan air domestik tersebut seterusnya digunakan untuk kegunaan kolam renang.

Kolam renang yang dibuka pada semua serta beroperasi pada tahap optimum menjamin serta memastikan kebersihan serta air kolam renang selamat untuk digunakan. 


Pengunaan kolam renang ketika ditutup dan tanpa sistem kitaran dan pembersihan bekalan air kolam beroperasi adalah merbahaya dan juga memudaratkan kesihatan kerana

1) Kolam renang yang terbuka terdedah kepada pencemaran persekitaran seperti habuk, bekalan air yang tercemar, hujan yang membawa spora alga mikroskopik dan juga najis dari burung dan haiwan serta serangga yang mengandungi virus yang menyebabkan penyakit. 

2) Bahan cemar yang dibawa oleh pengguna boleh secara mendadak mempengaruhi operasi kolam renang. Sumber sumber seperti mikro-organisma daripada perenang yang dijangkiti dan minyak badan termasuk peluh, kosmetik, losyen pelindung matahari, air kencing, air liur dan najis. Di samping itu, interaksi antara pembasmi kuman dan bahan cemar air kolam boleh menghasilkan campuran "chloramins" dan juga kuman kuman yang lain. 


3) Bahan cemar patogen seperti virus, bakteria, protozoa dan kulat berpotensi dikaitkan dengan penggunaan kolam renang dan juga mengakibatkan Cirit-birit, Cryptosporidiosis dan Giardiasis. Penyakit lain yang banyak berlaku adalah seperti otitis externa, ruam kulit dan jangkitan pernafasan.

Apabila kolam renang beroperasi sepenuhnya, situasi seperti diatas dapat dielakkan dan juga dapat menjamin keselamatan pengguna serta tahap kebersihan yang optimum. Amalkan cara penggunaan kolam renang yang selamat serta beretika dan patuhi garis panduan serta peraturan yang telah ditetapkan. Terima Kasih.

During the water supply ration there are times when the swimming pool is close. It is close because 

1) Domestic water supply from Syabas to unit 9, 11, 12, 14, 16,18, 20 and 22 is given priority

2) Access domestic water supply then will be diverted to the swimming pool for usage.

An open and fully operational swimming pool ensures the pool water's cleanliness and guarantees its safe and hygienic to use. 

Using the swimming pool when the filtration system is shuts off is dangerous and life threatening because 


1) Outdoor swimming pool contaminants are introduced from environmental sources and swimmers. Environmental contaminants include windblown dirt and debris, incoming water from unsanitary sources, rain containing microscopic algae spores and droppings from birds possibly harboring disease-causing viruses.

2) Contaminants introduced by swimmers can dramatically influence the operation of outdoor swimming pools. Sources include micro-organisms from infected swimmers and body oils including sweat, cosmetics, suntan lotion, urine, saliva and fecal matter. In addition, the interaction between disinfectants and pool water contaminants can produce a mixture of chloramines and other disinfection by-products.

3) Pathogenic contaminants are of greatest concern in swimming pools as they have been associated with numerous recreational water illnesses . Public health pathogens can be present in swimming pools as viruses, bacteria, protozoa and fungi. Diarrhea is the most commonly reported illness associated with pathogenic contaminants, while other diseases associated are Cryptosporidiosis and Giardiasis. Other illnesses commonly occurring in swimming pools include otitis externa, commonly called swimmers ear, skin rashes and respiratory infections.

When the swimming pool is fully operational, such cases and situations can and could be avoided or at the very least keeps the possibility and risks at bay. Practice safe swimming pool ethics and mind all rules and guidelines while using the swimming pool. thank you for your time and concern. appreciate it. 



Monday, February 24, 2014

Swimming Pool Overflow


Saya ingin berkongsi klip ini dengan Tuan / Puan / Ck sekali. Kejadian ini berlaku pada jam 8.30 malam 23 Februari 2014. Kejadian ini berlaku kerana ada yang menggunakan kolam renang dengan cara yang tidak sepatutnya serta tanpa rasa bersalah. Kejadian ini berlaku, dan pernah berlaku sebelum ini,  kerana penapis bekalan air kolam renang dipenuhi dengan rumput, batu, pasir, kertas, kulit buah-buahan, plastik, puting rokok dan sebagainya yang tidak seharusnya berada didalam penapis tersebut. Apabila penapis tersebut dipenuhi dengan objek objek yang tidak sepatutnya ia tidak dapat berfungsi dengan sebaik mungkin dan seterusnya menyekat bekalan air kolam renang daripada dikitar semula dan dibersih oleh penapis utama didalam bilik pam. Ia juga mengakibatkan bekalan air kolam renang melimpah keluar dari longkang aliran bekalan air di sekeliling kolam renang tersebut. Selain dari pembaziran air situasi ini juga membebankan pam pam air yang direka untuk menyedut air tetapi sebaliknya menyedut angin dan tidak mustahil akan rosak jika keadaan ini berterusan. Harga 1 unit pam vakum 3 kuasa kuda model SB30 berjenama 'Emaux' bernilai RM 3000.00 dan permai puteri mempunyai 3 unit pam vakum berkenaan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik Candy kerana tindakan pantas beliau memaklumkan kepada yang berkenaan agar situasi tersebut dapat diselesaikan dengan segera. Saya berharap kita bersama sama menjaga serta memelihara kemudahan kemudahan yang sedia ada agar ia berkekalan. Terima kasih. 

I would like to share this clip with you. This had happened at approximately 8.30 pm on February 23rd 2014. This had happened because some inconsiderate and reckless individuals have utilized the swimming pool in a way that is not supposed to be. This incident, just like what had happened previously, happened because the water filters were filled with grass, stones, pebbles, sands, tissue papers, peels, plastic bags, cigarette butts etc which caused a blockage. Once this happens the water filter will not function properly and block the pool water supply from being recycled, filtered and cleansed by the main filter inside the water pump room. It also cause the water supply to spill over the perimeter gutter surrounding the pool. Apart from water wastage this situation creates heavy load on the water pump design to suck water instead of air and its not impossible for the water pump to malfunction if the situation continues. Emaux 3HP Vacuum Pump cost RM 3000.00 per unit and Permai Puteri has 3 fully operational units. I would like to express my gratitude to Miss Candy for her fast action and information regarding the incident. I hope all of us could care and maintain available facilities so that it would last always. Thank you for your time and concern. Appreciate it.