Monday, February 24, 2014

Swimming Pool Overflow


Saya ingin berkongsi klip ini dengan Tuan / Puan / Ck sekali. Kejadian ini berlaku pada jam 8.30 malam 23 Februari 2014. Kejadian ini berlaku kerana ada yang menggunakan kolam renang dengan cara yang tidak sepatutnya serta tanpa rasa bersalah. Kejadian ini berlaku, dan pernah berlaku sebelum ini,  kerana penapis bekalan air kolam renang dipenuhi dengan rumput, batu, pasir, kertas, kulit buah-buahan, plastik, puting rokok dan sebagainya yang tidak seharusnya berada didalam penapis tersebut. Apabila penapis tersebut dipenuhi dengan objek objek yang tidak sepatutnya ia tidak dapat berfungsi dengan sebaik mungkin dan seterusnya menyekat bekalan air kolam renang daripada dikitar semula dan dibersih oleh penapis utama didalam bilik pam. Ia juga mengakibatkan bekalan air kolam renang melimpah keluar dari longkang aliran bekalan air di sekeliling kolam renang tersebut. Selain dari pembaziran air situasi ini juga membebankan pam pam air yang direka untuk menyedut air tetapi sebaliknya menyedut angin dan tidak mustahil akan rosak jika keadaan ini berterusan. Harga 1 unit pam vakum 3 kuasa kuda model SB30 berjenama 'Emaux' bernilai RM 3000.00 dan permai puteri mempunyai 3 unit pam vakum berkenaan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik Candy kerana tindakan pantas beliau memaklumkan kepada yang berkenaan agar situasi tersebut dapat diselesaikan dengan segera. Saya berharap kita bersama sama menjaga serta memelihara kemudahan kemudahan yang sedia ada agar ia berkekalan. Terima kasih. 

I would like to share this clip with you. This had happened at approximately 8.30 pm on February 23rd 2014. This had happened because some inconsiderate and reckless individuals have utilized the swimming pool in a way that is not supposed to be. This incident, just like what had happened previously, happened because the water filters were filled with grass, stones, pebbles, sands, tissue papers, peels, plastic bags, cigarette butts etc which caused a blockage. Once this happens the water filter will not function properly and block the pool water supply from being recycled, filtered and cleansed by the main filter inside the water pump room. It also cause the water supply to spill over the perimeter gutter surrounding the pool. Apart from water wastage this situation creates heavy load on the water pump design to suck water instead of air and its not impossible for the water pump to malfunction if the situation continues. Emaux 3HP Vacuum Pump cost RM 3000.00 per unit and Permai Puteri has 3 fully operational units. I would like to express my gratitude to Miss Candy for her fast action and information regarding the incident. I hope all of us could care and maintain available facilities so that it would last always. Thank you for your time and concern. Appreciate it. 




No comments:

Post a Comment